Johari Abdul.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen akan melafazkan Rukun Negara pada persidangan Dewan Rakyat pada hari kedua selepas  pembukaan penggal pertama Parlimen.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau telah menerima cadangan tersebug daripada Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

“Saya telah membawa dan merujuk cadangan ini ke Jawatankuasa Pembinaan Bangsa Negara, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat untuk ditimbangkan,” katanya.

Menurut Johari, kedua-dua jawatankuasa itu bersetuju dengan cadangan itu. – MalaysiaGazette