Suspek yang merupakan penyokong Selangor FC dan Perak FC ditahan merusuh di luar stadium dituduh di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kerana khianat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Foto NUR SYADILA AMARI, 1 DISEMBER 2023.

PETALING JAYA – Seramai tujuh dari sembilan individu dihukum denda RM2,000 setelah mengaku bersalah kerana merosakkan kenderaan jenis Honda FD dalam satu kejadian di Kelana Jaya, di sini, 25 November lalu.

Manakala dua lagi individu masing-masing dari Ipoh, Perak dan Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Natasha Nasrudin.

Mengikut pertuduhan, sembilan tertuduh pada 25 November 2023 jam kira-kira 4.50 petang di tempat parkir Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ, Kelana Jaya, adalah ahli perhimpunan menyalahi undang-undang yang mempunyai tujuan sama mendatangkan kerosakan terhadap motokar jenis Honda FD, nombor pendaftaran WPC9319 milik Ahmad Hamidi Baharudin yang nilai kerugian lebih RM15,000.

Kesalahan kesemua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 Kanun yang sama.

Suspek yang merupakan penyokong Selangor FC dan Perak FC ditahan merusuh di luar stadium dituduh di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kerana khianat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Foto NUR SYADILA AMARI, 1 DISEMBER 2023.

Undang-Undang itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Antara sembilan individu itu ialah Muhammad Ainol Shukri Shariff, Muhamad Afiq Azman, Mohamad Hariz Suhaimi, Norbadrul Amin Norazman, Muhamad Taufiq Nasharudin, Muhammad Ezwan Shah Mustapha Kamal, Muhammad Othman Abdul Rahim, Muhammad Husain Hamdi Azizi dan Azizi Abu Hassan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ainul Amirah Abdul Razak mencadangkan agar tertuduh dikenakan dengan hukuman setimpal kerana kerosakan kenderaan itu sangat tinggi.

Bagaimanapun peguam Ainul Farihah Azizi yang mewakili tujuh tertuduh memohon mahkamah meringankan hukuman iaitu denda sahaja.

Suspek yang merupakan penyokong Selangor FC dan Perak FC ditahan merusuh di luar stadium dituduh di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kerana khianat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Foto NUR SYADILA AMARI, 1 DISEMBER 2023.

Ini kerana anak guamnya tiada rekod jenayah lampau, di samping mempunyai tanggungan keluarga dan pendapatan rendah.

Sementara itu, mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin terhadap dua individu yang tidak mengaku bersalah.

Mereka ialah Muhamad Afiq dan Muhamad Taufiq.

Mahkamah juga menetapkan 31 Januari 2024 sebagai tarikh sebutan kes. – MalaysiaGazette

Penyokong Selangor, Perak bergaduh, sebuah kereta turut rosak

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast