Kerja-kerja pemasangan paip jenis MSCL 200mm dari Tanjung Agas ke Kampung Sekukuh, Pekan sedang dilaksanakan

KUANTAN – Masalah bekalan air terputus yang sering membelenggu penduduk Taman Rosa, Kampung Sekukuh dan Kampung Tanjung Agas di Pekan dijangka selesai pada April tahun hadapan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, projek pemasangan paip di kawasan terbabit sedang dilaksanakan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

“Projek pemasangan paip-paip jenis MSCL 200mm dari Tanjung Agas ke Kampung Sekukuh ini menelan belanja hampir RM400,000 dan dijangka siap pada April 2024,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Beliau berkata, selain masalah terputus bekalan air yang kerap berlaku di tiga kawasan perumahan tersebut, masalah tekanan air rendah juga akan dapat diselesaikan dengan terlaksananya projek itu.

Tambahnya, ia sekali gus memberi kelegaan kepada 600 akaun pengguna di kawasan terbabit yang terjejas.

Jelas Mohammad Fakhruddin, menerusi peruntukan sebanyak RM2.3 bilion, PAIP akan melaksanakan sebanyak 217 projek yang mampu menyelesaikan 90 peratus masalah bekalan air diseluruh negeri dalam tempoh lima tahun. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. tak nampak pun org pasang paip tepi jalan kg tg agas dan sekukuh itu gambar tempat lain kg saya macam biasa je hari2 boleh d katakan ada masaalah air. tolonglah buat cerita benar

Comments are closed.