Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 6.36 petang hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 81 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 76km utara dari Bislig, Filipina.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda Mindanao pada 10.37 malam semalam.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast