Kasthuri menerima anugerah khas bagi kategori Powerful Journalist Desam Icon Award 2023 bagi mengiktiraf khidmat wartawan  berbangsa India yang menjadi penulis Bahasa Melayu.

CHENNAI – Wartawan portal berita Malaysia Gazette, Kasthuri Jeevandran menerima anugerah Media Antarabangsa Desam Awards 2023 di sini malam tadi.

Kasthuri menerima anugerah khas bagi kategori Powerful Journalist Desam Icon Award 2023 bagi mengiktiraf khidmat wartawan  berbangsa India yang menjadi penulis Bahasa Melayu.

Anugerah diadakan Hotel Le Royal Meridian Chennai itu disampaikan oleh wartawan penyiasatan tersohor India, Nakkeeran Gopal.

Anugerah itu juga merupakan anugerah antarabangsa pertama bagi Malaysia Gazette dari kerajaan Tamil Nadu dan Kumpulan Media Desam.

Jelas penganjur dan pengasas Desam Media, Gunalan Maniam, anugerah disampaikan mengikuti pencapaian cemerlang dan sumbangan individu atau agensi.

Kata Gunalan, selain daripada pengamal media tempatan, pihaknya juga akan memberikan anugerah kepada beberapa media di Tamil Nadu untuk pelbagai kategori termasuklah penulisan terbaik, foto, video serta beberapa lagi.

Gunalan yang juga seorang pengamal media berbahasa Tamil lebih empat dekad memaklumkan, anugerah dua tahun sekali itu sudah dianjurkan Desam Media di Malaysia sejak 2017.

Pada masa sama, lebih 100 individu juga turut menerima pengiktirafan dari aspek bidang kesenian, hiburan, kewartawanan dan keusahawan.

Majlis dihadiri oleh Menteri Penerangan Tamil Nadu, TYT M. P. Saminathan dan dinaungi oleh Ketua Menteri Tamil Nadu, TYT M.K. Stalin. – MalaysiaGazette