Kit Siang naratif Hadi gagal Pas rakyat bangsa Malaysia
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mencarinya berhubung kenyataan di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu.

Menurut beliau, kenyataan berkaitan Impian Malaysia itu dibuat ketika berucap di hadapan pelajar-pelajar Malaysia di sana.

“Saya akan berjumpa pihak polis selepas saya pulang dari Scotland,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam kenyataan yang mencetuskan kontroversi itu, Kit Siang mendakwa, Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga berharap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun untuk melihat seorang bukan Melayu berpeluang menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi saya tidak jangka perkara ini akan terjadi dalam 100 tahun yang akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette