Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Punca kematian seorang wanita yang ditemui disimen dalam kolah mandi di bilik air sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang, Selangor pada Ahad lalu disebabkan tekanan pada leher mangsa.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan berkata, keputusan itu diperolehi hasil proses bedah siasat yang dijalankan pasukan patalogi Jabatan Forensik Hospital Shah Alam pada hari ini.

Tambah beliau, pihaknya masih tidak dapat menentukan identiti mangsa sama ada warga tempatan atau asing memandangkan mayat sudah mula mereput sehingga menyukarkan proses pengecaman identiti.

“Setakat ini hasil dapatan awal bedah siasat ke atas mayat wanita itu, mangsa dikenalpasti seorang perempuan yang berusia dalam lingkungan antara 20 dan 30 tahun,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Mayat wanita disimen dalam kolah mungkin sudah lebih setahun dibunuh

Seorang ditahan, dua warga asing diburu kes mayat disimen dalam bilik air

Suspek simen mayat wanita dalam kolah mandi direman tujuh hari

Menurut Hussein, keadaan mayat wanita itu yang mula mereput juga menyebabkan cap jarinya gagal diperolehi.

“Begitu juga dengan pengecaman muka mangsa turut tidak dapat dilakukan sekarang dan kita akan menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk tindakan lanjut.

“Sementara untuk lain-lain perkara dalam kes ini, perlu tunggu hasil soal siasat dan tangkapan baharu polis dalam kes ini,” ujarnya.

Hussein berkata, polis menggiatkan usaha memburu dua suspek lelaki warga asing bernama Ranjit Singh dan Mandeep Singh yang merupakan penyewa di rumah berkenaan antara Ogos 2019 hingga November 2021 bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, siasatan mendapati salah seorang suspek dipercayai telah kembali ke negara asalnya pada September 2023 manakala seorang lagi masih berada di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memberitahu, pakar forensik tidak dapat menentukan masa kematian mangsa kerana proses pereputan menjadikan lambat bagi mayat disimen.

Katanyam sehingga kini seramai 10 individu telah diambil keterangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast