Syed Ibrahim Syed Ahmad

KUANTAN – Kerja menaik taraf pembinaan Masjid Felda Selendang 2 daripada surau sebelum ini kini dalam proses.

Ia dalam proses menentukan skop dan brif projek daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menerima surat bagi melaksanakan pembinaan masjid tersebut.

“Status kelulusan Masjid Selendang 2 adalah diluluskan dengan peruntukan RM2.4 juta sebagaimana yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri bagi pelaksanaan pembinaan masjid baharu dengan JKR Pahang sebagai agensi pelaksana.

“Projek menaik taraf surau kebenaran Jumaat ini telah diluluskan bagi pembinaan masjid baru. MUIP melalui Jawatankuasa Kelulusan Zakat Tahun 2023 telah bersetuju sebanyak RM200,000,” jelasnya.

Syed Ibrahim berkata demikian Sesi Pertanyaan Lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang pada hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri  Mohd. Johari Hussain (Tioman- BN) berkenaan status kelulusan pembinaan Masjid Felda Selendang 2 di Rompin.

Tambah Syed Ibrahim, JKR telah menerima surat kuasa daripada Pejabat Pembangunan Negeri Pahang (PPNP) bertarikh 20 September 2023 bagi pelaksanaan projek ini dengan peruntukan RM2,400,000.

Beliau juga memaklumkan JKR telah menerima surat kuasa daripada Pejabat Pembangunan Negeri Pahang (PPNP) bertarikh 20 September 2023 bagi pelaksanaan projek ini dengan peruntukan RM2,400,000.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah memberikan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi menaik taraf masjid itu pada 5 Disember tahun lalu.

Sementara itu, kerajaan negeri juga meluluskan permohonan bagi membaikpulih krematorium di Tanah Perkuburan Hindu, Karak dengan peruntukan RM200,000.

Peruntukan tersebut diluluskan melalui Pejabat Kewangan dan Perbendahaan Negeri Pahang telah diterima oleh Majlis Perbandaran Bentong bagi membaiki kerosakan akibat musibah banjir. – MalaysiaGazette