KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian dakwaan kes buli di sekolah yang melibatkan seorang pelajar, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi seperti yang dilaporkan oleh media.
Siasatan sedang dijalankan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera.
“Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 dan 13 Tahun 2023, bertarikh 3 November 2023 perlu dijadikan panduan bagi menangani gejala buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan KPM,” katanya dalam satu kenyataan.
Artikel berkaitan: Muhammad Daniel hilang sejak semalam
KPM mengulas mengenai kehilangan seorang penuntut Sekolah Menengah Sains Alam Shah Cheras berusia 14 itu dikatakan hilang dari asrama pada Khamis lalu.
Media melaporkan, remaja itu dipercayai bertindak keluar dari asrama kerana menjadi mangsa buli di sekolah berkenaan.
Mangsa ditemui pada waktu malam di sebuah pondok menunggu bas.
KPM berkata, pihaknya menyediakan empat saluran utama bagi membolehkan murid, ibu bapa dan masyarakat untuk membuat aduan mengenai kes buli dan gangguan seksual menerusi talian khas Aduan Buli, aplikasi WhatsApp, emel [email protected] dan aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). – MalaysiaGazette