Kredit FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan sumbangan bantuan kepada 150 individu yang merupakan pendukung asal reformasi menerusi program Program MADANI Kasih.

Hadir mewakili Perdana Menteri dalam menyantuni dan menyerahkan sumbangan itu dalam program di Kelab Tasik Putrajaya ialah Setiausaha politiknya Ahmad Farhan Fauzi.

“Kesemua penerima merupakan pendukung asal reformasi yang kini sudah lanjut usia dan mempunyai masalah kesihatan. Saya berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka, Insya-Allah,” kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook.

Dalam hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi beberapa gambar suasana majlis berkenaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast