Ab Rauf Yusoh

MELAKA – Situasi terkini Covid-19 di Melaka masih terkawal dan tidak memerlukan langkah awal pencegahan berdasarkan penggunaan ventilator dan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, justeru rakyat tidak perlu bimbang atau panik kerana Jabatan Kesihatan negeri sentiasa memantau siatusi terkini kes Covid-19 di negeri itu.

“Bagaimanapun kerajaan negeri sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana kita akan menyambut Tahun Melawat Melaka (TMM 2024) dan sekiranya perlu ambil langkah awal pencegahan, kita akan lakukan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Bersama Warga Pendidik Negeri Melaka 2023 di sini malam tadi, katanya beliau yakin situasi penularan Covid-19 di Melaka tidak akan menjejaskan segala persiapan dan sambutan TMM 2024 kerana wabak berkenaan telah diisytiharkan sebagai endemik.

Sebelum ini media melaporkan kes baharu Covid-19 di Melaka meningkat kepada 534 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 48 yang berakhir pada 2 Dis lepas berbanding 268 kes pada ME 47.

Sebanyak 458 kes aktif sedang menerima rawatan dan terdapat satu kluster aktif dilaporkan iaitu Kluster Paya Rumput Jaya pada ME 48 yang merupakan kluster pendidikan dan dijangka akan tamat pada 25 Dis ini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast