Ruang pameran baharu Delux terletak di Kawasan Perindustrian Valdor Sungai Jawi, Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR – Delux  Holdings (M) Sdn. Bhd. yang terkenal dengan jenama Delux sebagai pengeluar pintu pagar aluminium tanpa trek dan juga pintu sekuriti telah melancarkan ruang pameran terbesarnya di Pulau Pinang.

Ruang pameran baharu itu terletak di Kawasan Perindustrian Valdor Sungai Jawi dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi dan berdekatan dengan lebuh raya.

Cawangan itu merupakan satu lagi tandu mercu Delux selepas pelancaran ruang pameran pintu pagar aluminium tanpa trek dan pintu sekuriti di  Johor Bahru tahun lalu.

Pengasas syarikat,  Datuk Dylan Chui berkata, ruang pameran baharu ini akan memberi suasana yang lebih selesa, megah dan mewah serta mengutarakan cita rasa gaya hidup berkualiti tinggi yang semestinya menjanjikan pengalaman unik kepada pengguna khususnya di kawasan utara.

“Misi kami adalah untuk meningkatkan kualiti gaya hidup pengguna rumah yang lebih sempurna melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara berterusan dalam aspek reka bentuk dan teknologi.

“Kami akan sentiasa mematuhi standard industri yang tertinggi termasuk reka bentuk dan kualiti produk di samping memastikan perkhidmatan pra jualan dan selepas jualan yang tertinggi kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan.

Pengarah Urusan Delux, Wendy Chui (kanan) pada majlis pelancaran ruang pameran terbaharu Delux di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ruang pameran ini dibahagikan kepada beberapa ruangan termasuk dua tingkat yang mempamerkan pintu pagar aluminium tanpa trek yang terbaharu dan terlaris.

Ia termasuk pintu pagar aluminium tanpa trek empat lipatan dan enam lipatan serta dilengkapi dengan teknologi LED.

Selain itu, syarikat juga menawarkan pelbagai reka bentuk dan spesifikasi pintu sekuriti yang ditawarkan mampu memberi pelbagai pilihan produk seta inspirasi kepada pembeli.

Terdapat juga ruang pameran yang dilengkapi dengan bilik permainan kanak-kanak untuk bermain sementara ibu bapa atau pembeli berpeluang bertanya tentang produk Delux.

“Penasihat profesional kami sentiasa bersedia untuk menjelaskan maklumat produk, proses pemasangan dan lain-lain pertanyaan, selain ia turut menyediakan ruang yang memaparkan latar belakang syarikat, kejayaan serta testimoni pelanggan terhadap jenama Delux.

Delux adalah pemegang lima rekod The Malaysia Book of Records iaitu tahun 2022 menerima anugerah Pintu Pagar tanpa Trek yang Terpanjang,  Reka Bentuk Pintu Pagar tanpa Trek yang Terbanyak dan juga Pintu Sekuriti Aluminium yang Pertama Diperakui serta  Kilang Pembuatan Pintu Pagar Aluminium tanpa Trek yang Terbesar.

Bagi tahun 2023 pula, syarikat mendapat anugerah Sistem Engsel Pintu Pagar yang Terkuat, menampung berat sehingga 4,588.72 kilogram. – MalaysiaGazette