KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora
melibatkan negeri Sabah.
Ia susulan Ribut Tropika Jelawat yang kini berada di kedudukan 7.5°U 129.0°T di tenggara Filipina dan dijangka bergerak ke barat merentasi Laut Sulu dan seterusnya ke Laut China Selatan.
Keadaan ini dijangka boleh mengakibatkan hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di Sabah.
“Met Malaysia akan mengemas kini nasihat dan amaran tersebut dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette