BEIJING – Sekurang-kurangnya 111 orang maut manakala 200 lagi cedera susulan gempa bumi yang kuat melanda barat laut China, lapor badan penyiaran CCTV pagi ini.
Menurut agensi berita Xinhua, gempa bumi itu melanda wilayah Gansu lewat semalam, menyebabkan pasukan penyelamat termasuk pegawai dari Jabatan Pengurusan Kecemasan Wilayah Gansu dan Jabatan Bomba dikerah ke kawasan terjejas.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini berkata, gempa bumi itu berukuran 5.9 magnitud manakala pihak berkuasa China menetapkan gempa bumi berkenaan dengan bacaan yang sedikit lebih tinggi, iaitu magnitud 6.2 di rantau itu.
Ia menyebabkan gegaran kuat dengan jangkaan kemusnahan ekonomi yang besar.
Menurut USGS, gempa bumi tersebut melanda sekitar 37.01 kilometer (km) dari barat laut Linxia Chengguanzhen dengan kedalaman cetek hanya lebih 9.65 km.
Ibu kota wilayah Gansu, Lanzhou terletak kira-kira 96.56 km dari pusat gempa. – Agensi