KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman (KDA) FC kini dikaitkan untuk mendapatkan pertahanan tengah dari kelab Liga Korea Selatan (K-League) iaitu Osmar Barba bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
Menurut satu kiriman X Korea Football News, pemain kelahiran Sepanyol berusia 35 tahun itu sudah memilih untuk meninggalkan kelab berkenaan dan dijangka akan menyertai Sang Kenari.
Selain pertahanan, produk kelahiran Racing Santander itu juga berkeupayaan untuk bermain di posisi pemain tengah bertahan.
Osmar yang beraksi hampir kesemua perlawanan dalam kesebelasan utama musim ini dan berjaya menjaringkan dua gol.
Dia memiliki kelebihan fizikal yang cukup baik dengan ketinggian 1.92 meter bakal membantu jentera pertahanan Sang Kenari pada musim depan.
Bekas bintang Buriram United itu juga dilaporkan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan dan juga kelabnya selain difahamkan bakal membawa haluan baharu. – Agensi