TEL AVIV – Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan tiga askarnya maut dan tujuh lagi cedera parah dalam pertempuran dengan pejuang Hamas di Gaza semalam.
Menurut The Times of Israel, tiga tentera penceroboh yang maut adalah Sgt. Lavi Ghasi, 19, dari Hashmonaim, seorang infantri dalam Batalion 931 Briged Nahal.
Lt. Yaacov Elian, 20, dari Ramat Gan, kadet di Batalion Gefen sekolah pegawai Bahad 1 yang sebelum ini merupakan komander skuad Givati.
Lt. Omri Shwartz, 21, dari Shadmot Dvora, seorang kadet dalam Batalion Gefen yang sebelum ini merupakan seorang askar dalam Batalion Peninjau Briged Paratrooper.
Kematian itu menjadikan keseluruhan 137 tentera penceroboh maut dalam operasi darat di Gaza sejak akhir Oktober lalu.
Menurut IDF, seorang pegawai dan dua lagi kadet Gefen cedera parah dalam kejadian di mana Shwartz dan Elian terbunuh.
Tentera juga berkata lima lagi askar cedera parah semasa pertempuran iaitu dua dari Batalion ke-50 Briged Nahal, seorang dari unit anjing Oketz.
Seorang pegawai dalam Batalion 532 Briged Berperisai ke-460, dan seorang askar simpanan di Batalion 9218 Briged Kiryati.-Agensi
VERY GOOD..May more people experience more defeats. The IDF’s cruelty to the people of GAZA is unforgivable and their deaths are retribution for inhumane acts.