Majlis Penyampaian Insentif Pahang Pride Athlete di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah hari ini

KUANTAN – Kerajaan Pahang memberi sumbangan sebanyak RM300,000 kepada 1,000 orang atletnya bagi menyuntik semangat mereka untuk terus beraksi cemerlang dalam mengharumkan nama negara.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata. setiap daripada mereka menerima RM300 sebagai insentif bagi menghargai sumbangan mereka dalam arena sukan.

Fadzli Mohamad Kamal

“Insentif ini adalah usaha sama antara Kerajaan Pahang dan Majlis Sukan Pahang (MSP) untuk mencetus semangat kepada atlet supaya mengekalkan prestasi cemerlang mereka.

“Kita berharap 1,000 atlet ini sama ada yang berlatih di dalam dan luar negeri ini bekerja keras untuk terus mengharumkan nama negeri dan negara,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Penyampaian Insentif Pahang Pride Athlete di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah hari ini.

Sementara itu, katanya, Tabung Pembangunan Sukan Pahang yang menyasar kutipan sebanyak RM1 juta untuk pembangunan sukan terus mendapat sambutan dalam kalangan penyumbang.

Sejumlah RM600,000 berjaya dikumpul sejak ia dilancarkan September lalu,

”Kerajaan Pahang telah menyasarkan RM1 juta kutipan bagi tempoh enam bulan dari tarikh pelancarannya. Alhamdulillah sambutan baik dan insya-Allah tercapai nanti. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast