JOHOR BAHRU- Sepasang kekasih dituduh di mahkamah di sini semalam atas kesalahan di bawah Seksyen 3191(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menyebabkan seorang bayi lelaki positif dadah.
Mereka, masing-masing berusia 34 dan 31 tahun ditahan pada 12 Disember lalu.
Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, mereka ditangkap selepas Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru membuat laporan bahawa bayi itu positif dadah.
“Wanita itu ditahan di HSA ketika menghantar bayi yang mengalami sawan, manakala lelaki itu ditahan di Jalan Salleh dekat sini,” katanya.
Pasangan itu disahkan positif dadah.
Kedua-duanya sudah didakwa di mahkamah semalam di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menyebabkan seorang bayi positif dadah.
“Mereka diberi peluang untuk membela diri dengan ditawarkan jaminan RM6,000 setiap seorang tetapi tidak dapat membayar jamin ditetapkan, maka masing-masing kini ditahan di Penjara Koreksional Ledang dan Penjara Kluang.
Kes akan disebut semula di Mahkamah Sesyen pada 23 Januari depan. – MalaysiaGazette