Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan (tahap bahaya) di seluruh Terengganu dan Kelantan serta di Jerantut dan Kuantan, Pahang sehingga Isnin ini.

Manakala amaran hujan berterusan (buruk) berkuat kuasa sehingga 25 Disember 2023 melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin di Pahang.

Amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa sehingga 24 Disember pula melibatkan kawasan Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Menurut MetMalaysia lagi, amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa pada 24 sehingga 25 Disember di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) serta Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast