Dr. Sathia Prakash Nadarajan

KUALA LUMPUR – Semua pihak yang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak sengaja menggunakan perkataan ‘keling’ baru-baru ini diminta jangan menjadikannya isu politik.

Timbalan Setiausaha Agung PKR Pusat, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, pihaknya mendapati dalam isu itu ada pihak tertentu yang begitu agresif menggunakan isu berkenaan dan cuba memotretkan Perdana Menteri sebagai rasis.

“Ini kerana, Anwar sebagai pemimpin berpengalaman yang disegani rakyat tidak pernah menggunakan perkataan sensitif terhadap mana-mana kaum atau masyarakat sepanjang menjadi pemangkang selama 20 tahun ini.

“Lagi pun, dalam konteks ini, dia (Anwar) sebenarnya telah merujuk perkataan itu dari sejarah Hikayat Hang Tuah dan bukanya sengaja berniat untuk memperkecilkan atau pun memalukan masyarakat India, ini perlu difahami oleh semua pihak,” katanya dalam kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sehubungan itu, Dr Sathia menasihatkan pihak-pihak tertentu yang cuba membesarkan isu berkenaan segera menghentikan perbuatan tidak beretika dan tidak profesional.

“Walaupun kita semua setuju bahawa perkataan itu adalah sangat sensitif tetapi memandangkan tiada siapa yang sempurna. Anwar sudah pun meminta maaf dengan ikhlas dan secara terbuka selepas menyedari sekiranya ia menyinggung perasaan masyarakat, maka kita perlu menerima permohonan maaf itu secara terbuka atas dasar kemanusiaan.

“Adalah tidak wajar kepada individu atau pihak tertentu di luar sana mengambil isu ini dan terus memainkan sentimen serta kebencian dalam kalangan rakyat di negara ini,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast