Gambar hiasan

LOS ANGELES – Subvarian koronavirus baharu JN.1 merebak dengan pantas di Amerika Syarikat (AS), dan kini menyumbang hampir separuh daripada kes Covid-19 terbaharu di negara ini.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS berkata, JN.1 kini merupakan varian yang paling pesat berkembang dan yang dominan di negara ini.

Ia menjadi punca untuk lebih 44 peratus jangkitan baharu di seluruh negara, meningkat daripada 21.4 peratus yang dilaporkan sebelum ini, menurut CDC.

CDC menganggarkan penyebaran JN.1 paling kuat di wilayah timur laut termasuk New Jersey dan New York, menyumbang hampir 57 peratus daripada kes.

JN.1 berkait rapat dengan varian BA.2.86 yang telah dijejaki CDC sejak Ogos dan pertama kali dikesan di Amerika Syarikat pada September 2023.

Subvarian JN.1 berkemungkinan lebih mudah ditularkan daripada varian lain “atau lebih mudah menjangkiti sistem imun berbanding varian lain,” kata CDC. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast