Askar Israel yang maut pada Selasa

TEL AVIV – Angkatan Pertahanan Israel (IDF) melaporkan tiga lagi anggotanya maut dalam pertempuran darat di Gaza pada Selasa lalu – menjadikan keseluruhan 161 maut dalam operasi darat di wilayah Palestin itu.

Askar yang meninggal dunia tersebut adalah Kpt. Shay Shamriz, 26, komander kompeni dalam Batalion 931 Briged Nahal dari Merkaz Shapira; Staff Sgt. Maor Lavi, 33, dari Batalion 450 Briged Bislamach, dari Susya dan Kpt. Shaul Greenglick, 26, dari Batalion 931 Briged Nahal dari Ra’anana.

Lavi terbunuh di tengah Gaza dalam pertempuran yang turut mencederakan seorang lagi askar Batalion ke-450.

Shamriz dan Greenglick maut di bahagian utara Gaza. Seorang lagi pegawai dan dua askar Batalion 931 cedera parah dalam pertempuran yang sama.

Secara berasingan, seorang askar unit peninjau Briged Nahal cedera parah di utara Gaza.

Sementara itu, IDF melaporkan sembilan anggotanya cedera dalam serangan peluru berpandu anti kereta kebal di Shomera di utara Israel bersempadan dengan Lubnan.

IDF mendakwa, anggotanya diserang ketika cuba memindahkan lelaki yang cedera berhampiran sebuah gereja sebelum Hizbullah melepaskan peluru berpandu tambahan ke arah mereka.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast