TEL AVIV – Angkatan Pertahanan Israel (IDF) melaporkan tiga termasuk komander kompeni briged kereta kebalnya maut selepas diserang sayap bersenjata Hamas, al-Qassam semalam.
Menurut The Times of Israel anggota yang terbunuh adalah komander kompeni dalam Batalion 52 Briged Berperisai 401, Kapt. Neriya Zisk, 24, Timbalan Komander Batalion 198 Briged Berperisai 460, Mej. Dvir David Fima, 32 dari Kfar Yona.
Seorang lagi Sgt. Kelas Pertama (res.) Asaf Pinhas Tubul, 22, dari Batalion 77 Briged Berperisai ke-7, dari Kiryat Motzkin.
Tubul terbunuh di selatan Gaza, dalam pertempuran yang mencederakan seorang lagi pegawai dan askar Batalion ke-77.
Fima terbunuh di tengah Gaza, dalam pertempuran yang turut menyebabkan seorang askar Batalion 7107 parah. Zisk juga terbunuh di tengah Gaza, dalam pertempuran berasingan.
Kematian ketiga-tiga mereka menjadikan jumlah tentera Israel yang terbunuh sejak permulaan serangan darat di Gaza kepada 167 orang.- Agensi