TOKYO – Satu siri gempa bumi kuat, dengan yang terbesar berukuran sehingga 7.6 magnitud, melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Amaran tsunami telah dikeluarkan oleh JMA untuk daerah Noto, menggesa orang ramai segera berpindah berikutan amaran tsunami untuk wilayah Niigata, Toyama dan Ishikawa di sebelah Laut Jepun di negara itu.

Gempa itu mencatatkan intensiti 7 pada skala seismik Jepun dengan gegaran dirasai di beberapa wilayah di negara Asia itu, lapor Xinhua.

Menurut agensi cuaca, gempa bumi kuat terbaharu berlaku pada pukul 4.10 petang waktu tempatan (3.10 petang waktu Malaysia) pada kedalaman yang cetek. – BERNAMA-XINHUA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast