Keadaan kediaman yang musnah akibat gempa bumi di Jepun.-Foto media sosial

TOKYO – Seramai 13 orang disahkah terkorban dalam gempa bumi kuat yang melanda Jepin semalam, menurut laporan BBC.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata, pihaknya kini bertarung dengan masa untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Kira-kira 1,000 penyelamat sedang mencari orang yang mereka fikir mungkin terperangkap di bawah runtuhan.

Polis dan pihak berkuasa tempatan awal hari ini melaporkan mayat ditarik dari runtuhan bangunan runtuh manakala yang lain masih terperangkap.

“Kita mesti menyelamatkan mereka secepat mungkin terutamanya mereka yang terperangkap di bawah struktur yang runtuh,” kata Fumio Kishida semasa mesyuarat tergempar bencana.

Di bandar Wajima, kebakaran masih marak pada pukul 7 pagi waktu tempatan dan pihak bomba melaporkan lebih 100 rumah dan bangunan lain musnah sepenuhnya.

Kawasan yang paling teruk terjejas ialah di sekitar jalan Asachi-dori, sebuah daerah yang popular dengan pelawat dan terkenal dengan banyak bangunan kayunya.

Punca dan jumlah mangsa masih belum dikenal pasti.

Gempa yang terbesar mempunyai magnitud 7.6 pada kedalaman cetek 10km, melanda pantai barat pulau utama Jepun pada hari Isnin dan menggegarkan bangunan di Tokyo, sekitar 300km jauhnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast