Calon peperiksaan Sijil Tiggi Agama Malaysia (STAM) 2023 di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang di Pekan mendengar taklimat sebelum memasuki dewan peperiksaan hari ini

PEKAN – Seramai 304 calon menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 di Pahang bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr. Zulkifle Ali Al-hafiz berkata, peperiksaan tersebut dijalankan di dua pusat peperiksaan.

”Dua pusat peperiksaan STAM di Pahang ialah di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang di Pekan membabitkan seramai 267 orang pelajar manakala di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Wosto di Temerloh pula seramai 37 orang.

”Antara subjek yang diduduki calon ialah Al-quran, Fiqh, Tauhid, tafsir, hadith, NahuInsyak, Adab, Arudh dan Balaghah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Para calon peperiksaan STAM 2023 menuju ke dewan sejurus selesai mendengar taklimat dan membaca doa penerang hati bagi memudahkan menjawab peperiksaan hari ini

Peperiksaan STAM menawarkan sebanyak 10 subjek agama kepada semua calon.

Peperiksaan STAM 2023 bermula 2 hingga 4 Januari 2024 dan 8 hingga 11 Januari 2024 melibatkan seramai 4,058 orang calon yang telah berdaftar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast