Tentera Israel meratapi kematian mereka.

BAITULMAQDIS – Seramai 41 askar Israel termasuk komander cedera dalam pertempuan dengan pejuang Hamas sejak 24 jam lalu.

Tentera Israel dalam laman web rasminya pada hari Isnin memaparkan sekurang-urangnya 28 daripada mereka cedera dalam pertempuran di seluruh Semenanjung Gaza.

Sementara bakinya tidak dinyatakan bagaimanapun tentera zionis mendapat tentangan di Tebing Barat dan Lubnan.

Tentera Israel berkata dalam laman webnya bahawa bilangan askar yang cedera sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 2,234.

Masih terdapat 454 tentera yang menerima rawatan perubatan di hospital termasuk 45 dalam keadaan serius dan 272 dalam keadaan sederhana.

Angka kematian tentera Israel sejak 7 Oktober meningkat kepada 506 termasuk 172 terbunuh sejak permulaan operasi darat Israel di Gaza pada 27 Oktober.

Tentera Israel dilaporkan hanya menerbitkan nama tentera yang terbunuh dengan persetujuan keluarga mereka.

Menurut agensi Anadolu, Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober.

Sekurang-kurangnya 21,978 rakyat Palestin telah terbunuh dan 57,697 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, manakala hampir 1,200 rakyat Israel dipercayai terbunuh dalam serangan Hamas.

Serangan Israel telah menyebabkan Gaza hancur, dengan 60% infrastruktur enklaf itu rosak atau musnah, dan hampir 2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.