Penduduk yang selamat menyembahyangkan jenazah yang terkorban.

GAZA CITY – Jumlah kematian penduduk Gaza akibat serangan Israel mencecah 22,000 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sehingga semalam, 1 Januari sejumlah 21,978 penduduk maut termasuk 9,100 kanak-kanak.

Manakala bilangan yang cedera mencecah 57,697 orang termasuk 8,663 kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, seramai 7,000 orang masih hilang yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang dibom oleh Israel.

Al Jazeera melaporkan, Israel meneruskan pengeboman di Gaza dengan 15 orang maut di Deir el-Balah. tentera Israel juga dilaporkan menyerang kem pelarian Maghazi di pusat Gaza dan pantai berhampiran Rafah.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast