Bursa Malaysia
Logo Bursa Malaysia

 

KUALA LUMPUR – Minat dalam ekuiti Malaysia dalam kalangan pelabur asing menjangkau minggu ketiga apabila menjadi pembeli bersih sebanyak RM165.3 juta di Bursa Malaysia.

Ia adalah minggu dagangan yang pendek kerana cuti Krismas pada hari Isnin.

Pelabur asing bersih membeli RM85.2 juta pada hari Rabu dan RM187.9 juta pada Khamis tetapi menjual sebanyak RM50.3 juta pada hari Selasa dan RM57.5 juta pada hari Jumaat, menurut MIDF Research.

Bagi minggu itu, tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah teknologi (RM213.1 juta), tenaga (RM45.0 juta) dan produk & perkhidmatan perindustrian (RM37.0 juta).

Tiga sektor teratas dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM93.5 juta), penjagaan kesihatan (RM59.8 juta) dan pembinaan (RM27.8 juta).

Sementara itu, pelabur institusi tempatan terus mencatat jualan bersih untuk minggu kedua berturut-turut pada RM189.6 juta, iaitu 77.7% lebih tinggi daripada minggu sebelumnya.

Mereka bersih membeli RM21.0 juta pada hari Selasa dan RM58.9 juta pada hari Jumaat tetapi jual sebanyak RM66.9 juta pada hari Rabu dan RM202.7 juta pada Khamis.

Pelabur runcit pula membeli RM4.3 juta minggu lepas, selepas jualan bersih dalam dua minggu sebelumnya.

Mereka membeli RM29.3 juta pada hari Selasa dan RM14.8 juta pada Khamis.

Tetapi menjual sejumlah RM18.4 juta pada hari Rabu dan RM1.4 juta pada hari Jumaat.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) di kalangan institusi tempatan sebanyak +11.6% manakala peruncit tempatan dan pelabur asing menyaksikan penurunan masing-masing sebanyak -4.3% dan -22.0%. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast