TEL AVIV – Israel tidak menghiraukan kecaman Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) terhadap rancangan zionis untuk menempatkan semula penduduk Palestin di luar Gaza.
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir yang menjawab kritikan AS, menyatakan bahawa walaupun dia menghargai negara tersebut namum, “dengan segala hormatnya kami bukan lagi bintang di bendera Amerika.”
“Amerika Syarikat adalah kawan baik kami, tetapi pertama sekali kami akan melakukan apa yang baik untuk negara Israel: penghijrahan ratusan ribu dari Gaza akan membolehkan penduduk Israel pulang ke rumah dan hidup dengan selamat serta melindungi askar IDF,” katanya.
Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich pula berkata, lebih daripada 70 peratus rakyat Israel menyokong penduduk Palestin dihalau dari Gaza yang disifatkan sebagai “penyelesaian kemanusiaan”.
“Dasar sebegini adalah perlu kerana negara kecil seperti kita tidak mampu mencapai realiti di mana empat minit dari komuniti kita terdapat sarang kebencian dan keganasan, di mana dua juta orang bangun setiap pagi dengan aspirasi untuk kemusnahan negara Israel. dan dengan keinginan untuk menyembelih dan merogol dan membunuh orang Yahudi di mana sahaja mereka berada,”katanya.
The Times of Israel juga melaporkan, pemimpin negara itu telah melakukan perbincangan sulit termasuk dengan Congo untuk menempatkan rakyat Palestin yang menjadi pelarian.
Menurut laporan itu, penempatan semula “sukarela” rakyat Palestin dari Gaza perlahan-lahan menjadi dasar rasmi utama kerajaan zionis.
Seorang pegawai kanan mengatakan, bahawa Israel telah mengadakan perbincangan dengan beberapa negara untuk potensi penyerapan pelarian Palestin.
Zman Israel, satu lagi laman web yang dimiliki The Times of Israel, mempunyai maklumat bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu terlibat dalam agenda itu.
“Congo akan bersedia menerima pendatang, dan kami sedang berbincang dengan orang lain,” kata sumber kanan dalam Kabinet Israel. – Agensi

















Eh main sukahati dia nak pundahkan penduduk gaza. lupa ke yg dia tengah berdepan dgn the real choosen people dan tentera Allah ? go to hell israel !