Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menemui mangsa kedua yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kuari di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat dekat sini petang tadi.

KUALA LUMPUR – Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menemui mangsa kedua yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kuari di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa lelaki tempatan berusia 30-an itu ditemui lewat petang tadi.

“Mangsa kedua telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan disyaki telah meninggal dunia,” katanya dalam perkembangan terkini insiden runtuhan itu malam ini.

Mangsa pertama yang berjaya diselamatkan oleh orang awam dalam kejadian pukul 6.32 petang tadi di Spring Energy Tanjung Kuari itu selepas tertimbus pada kedalaman empat kaki.

Mangsa pertama telah dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tanah kuari runtuh: Seorang terselamat, seorang lagi masih tertimbus