Serangan tentera Israel di kemudahan-kemudahan awam menyebabkan penduduk Gaza tiada lagi tempat berlindung. Foto Anadolu Agency

GENEVA – Negara-negara Eropah yang dahulunya menyokong serangan Israel ke atas Palestin kini mengubah pendirian masing-masing.

Jika sebelum ini pemimpin-pemimpin Eropah menyatakan “Israel berhak melakukan apa sahaja yang dikehendakinya” tetapi kini kepada “Israel tidak mempunyai hak sedemikian.”

Terbaharu, peningkatan kecaman terhadap cadangan pemimpin-pemimpin Israel untuk melakukan pemindahan paksa penduduk di Gaza.

Kecaman itu semakin meningkat apabila hampir 2 juta penduduk Semenanjung Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Idea mendesak perpindahan penduduk Palestin Gaza telah disuarakan oleh Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir dan Menteri Kewangan Bezalel Smotrich yang disifatkan sebagai “penghijrahan sukarela,” menggesa negara-negara untuk menerima pelarian Palestin mencetuskan kebimbangan kepada Eropah.

Kenyataan Ben-Gvir dan Smotrich mendapat kecaman serta-merta dan antarabangsa, termasuk dari United Kingdom, Jerman dan Perancis.

Perancis mengecam kenyataan pegawai Israel yang mendesak pemindahan penduduk Palestin di Gaza, dengan mengatakan Israel tidak berhak menentukan nasib penduduk di Gaza.

“Perancis mengecam kenyataan Menteri Kewangan Israel Bazalel Smotrich dan Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben Gvir, menggesa penghijrahan penduduk Gaza serta penubuhan semula tanah jajahan (Yahudi) dan pendudukan tanah (Gaza).

“Ia bukan terpulang kepada kerajaan Israel untuk memutuskan di mana rakyat Palestin harus tinggal,” katanya. “Masa depan Semenanjung Gaza dan penduduknya akan terletak pada sebuah negara Palestin bersatu yang hidup dalam keamanan dan keselamatan bersama Israel,” kata Kementerian Luar Perancis berkata dalam satu kenyataan.

Britain juga dengan tegas menolak sebarang cadangan penempatan semula penduduk Palestin di luar Gaza.

“Gaza adalah Wilayah Palestin yang Diduduki dan akan menjadi sebahagian daripada negara Palestin masa depan,” kata kenyataan dari Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan Britain., sambil menolak cadangan daripada pegawai Israel yang mendesak penempatan semula penduduk Palestin di luar Gaza.

Katanya, rakyat Gaza tidak seharusnya tertakluk kepada pemindahan paksa atau pemindahan dari Gaza.

Kementerian Luar Jerman juga menggariskan bantahannya terhadap mengusir penduduk Palestin di Gaza, dengan berkata: “Kami menolak kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua menteri itu dengan cara paling tegas”.

Jurucakap Kementerian Sebastian Fischer berkata, isu itu dibincangkan semasa Mesyuarat Menteri Luar G7 di Tokyo November lalu.

Fischer menambah: “Penyingkiran paksa rakyat Palestin dari Gaza dan pengurangan wilayah Semenanjung Gaza tidak sepatutnya menjadi persoalan”.

Sepanyol, sebuah negara Eropah yang lantang mempertahankan rakyat Palestin, menyertai negara-negara yang mengutuk pegawai Israel yang mendesak pemindahan paksa penduduk di Gaza.

“Kerajaan Sepanyol menolak kenyataan baru-baru ini oleh anggota Kerajaan Israel yang membangkitkan pergerakan penduduk di Gaza yang akan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“Sepanyol mengulangi keperluan mendesak untuk menghormati undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan untuk menjamin perlindungan penduduk awam,” kata kementerian luarnya.

Belanda menggelar cadangan pegawai Israel untuk penghijrahan sukarela rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza sebagai “tidak bertanggungjawab,” menurut Kementerian Luar Belanda. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast