KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membuka pemohonan lesen perubahan sementara (LPS) kepada pengendali bas ekpres untuk perayaan Tahun Baharu Cina mulai 15 Januari hingga 5 Februari ini.
Tempoh laku LPS bagi permohonan yang diluluskan berkuat kuasa 7 hingga 18 Februari.
Menurutnya, pengendali-pengendali bas ekspres yang memohon LPS perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu mematuhi dasar dan spesifikasi bas ekspres; dilengkapi sistem GPS; had usia tidak melebihi 10 tahun; terhad kepada jenis perkhidmatan ekonomi sahaja;dan bagi bas persiaran yang melebihi had usia penggunaan dan telah mendapat kelulusan Laporan Puspakom VR1 Khas (Kod 9009)
dibenar untuk memohon.
Katanya, permohonan yang memenuhi syarat boleh dikemukakan kepada semua Pejabat Wilayah dan Kaunter APAD di Semenanjung Malaysia. – MalaysiaGazette