Elly Ellyana Shafinaz Mohd Dom

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang hilang.

Remaja itu, Elly Ellyana Shafinaz Mohd Dom, 17, dari Taman Titiwangsa, Kluang.

Berkulit putih dan berwajah bulat, remaka ini mempunyai ketinggian 157 sentimeter dan berat 52 kilogram.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, remaja itu memakai baji hodie, seluar dan bertudung hitam semsa kali terakhir dilihat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi IPD Kluang atau Penolong Pegawai Penyiasat, Siti Noraini Otoh di talian 07-778 4222/07-7784256, 07-7766822 atau 014-3656822. – MalaysiaGazette