Mohd Puad Zarkashi Najib dibebaskan pas kingmaker Muhyiddin wang RCI Tommy Puad Nazlan DAP takut sanusi the untold story Anwar UMNO
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar menyiasat dalang yang memulakan penipuan kononnya kerajaan akan bertukar tangan bulan lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, perbuatan itu dilakukan oleh ‘scammer politik’.

Menurut beliau, ramai pihak yang tertipu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Penajanya mesti pihak yang ada duit, ada nama dan ada connection.

“Akuan bersumpah (SD) 120 ahli parlimen itu adalah rekaan ‘scammer politik’ ini,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Bulan lalu, penulis blog, Raja Petra Kamarudin mendakwa Kerajaan Perpaduan akan tumbang ekoran tindakan 120 ahli parlimen menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, dakwaan beliau itu tidak dapat dibuktikan kesahihannya dan kerajaan sedia ada masih kekal mentadbir negara sehingga kini.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop mendakwa, terdapat gerakan menumbangkan Kerajaan Perpaduan di Dubai yangturut membabitkan tokoh politik veteran berpengaruh bergelar Tun dengan menggunakan dana asing.

Mohd Puad menambah, siasatan mesti dilakukan secara menyeluruh termasuk berhubung dakwaan rasuah RM1 bilion dan mereka yang diupah untuk memutar belit kenyataan.

“Ini ‘scammer politik’ berskala besar,” jelasnya. – MalaysiaGazette