Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri Malaysia, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, sedang memantau dengan teliti perkembangan terkini di Yaman berikutan serangan udara, diketuai oleh pasukan tentera Amerika Syarikat bersama United Kingdom yang menyasarkan kawasan-kawasan kawalan Houthi di negara itu sejak Januari 2024.

Kedutaan Besar Malaysia sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia yang menetap di Yaman yang kebanyakannya adalah pelajar, berada dalam keadaan selamat dan jauh dari kawasan konflik.

Rakyat Malaysia di Yaman digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa oleh pihak berkuasa tempatan memandangkan situasi keselamatan di Yaman masih tidak stabil.

Kementerian Luar Negeri menasihatkan semua rakyat Malaysia untuk menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke Yaman.

Untuk sebarang bantuan, Kedutaan Besar Malaysia di Muscat boleh dihubungi di butiran berikut:

Kedutaan Besar Malaysia di Muscat
Alamat: Villa No. 2443, Way 3030

Shatti Al Qurum
P.O. Box 51, Bareeq Alshati
Muscat

Nombor Telefon: + 968) 2469 8329
+ (968) 7159 2388
Emel: [email protected]

– MalaysiaGazette