Pembinaan Pelabuhan Faw di Iraq

BAGHDAD – Tentera Amerika Syarikat (AS) sememangnya tidak mahu meninggalkan Iraq, kata pemimpin The Iraqi Conquest Alliance, Aide Sahib.

Beliau berkata, ini kerana rantau itu terdapat dua koridor penting untuk perdagangan dunia antara timur dan barat, iaitu Terusan Suez dan Pelabuhan Faw yang dalam pembinaan di utara Teluk Parsi.

Pembinaan pelabuhan tersebut disifatkan sebagai projek startegik Iraq dan ia bakal menjadi pelabuhan terbesar di Timur Tengah yang akan memperkukuhkan kedudukan geopolitik negara itu di rantau tersebut dan dunia.

Ditanya Pelabuhan Faw akan menjadi alternatif atau penyelesaian kepada perdagangan dunia untuk Laut Merah dan Terusan Suez, beliau berkata: “Pasaran tenaga dunia yang bergantung kepada apa yang wujud di rantau ini kerana ia membekalkan lebih 33 peratus kepada dunia,”.

Beliau memberitahu, kebanyakan negara di rantau itu merupakan rakan AS dan menjalin hubungan dengan entiti Zionis yang mana kehadiran Washington di Iraq adalah untuk mengekalkan kepentingannya.

Tambah beliau, ini menyaksikan negara tersebut membiaya dan menyediakan dana dan sokongan kepada parti-parti di Iraq sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast