KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang melarikan diri ketika ditahan polis peronda awal pagi semalam di Johor Bahru berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh A/L Mahindar Singh berkata, pemandu kereta Proton Waja itu ditahan ketika sedang membuat rondaan jenayah pada jam 1.30 pagi di Jalan Besar Skudai menghala ke Tampoi.

Suspek telah diarahkan memberhentikan keretanya untuk diperiksa tetapi bertindak memecut laju sehingga melanggar kereta peronda polis.

Bagaimanapun, kereta peronda polis berjaya memintas kereta suspek di kawasan pam minyak Petronas di Jalan Masai Lama.

Suspek warga tempatan itu berjaya ditangkap dan pemeriksaan menemui sebilah parang panjang.

Balveer Singh berkata, semakan rekod mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan kes dadah.

Malah, ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek direman semalam sehingga 17 Januari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awal menjalankan tugas dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Dia turut disiasat di bawah Seksyen 6(a) Akta Bahan-BAhan Kakisan dan Letupan dan Senjata 1958 yang memperuntukan hukuman penjara lima hingga 10 tahun dan Seksyen 15 (a) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast