Mahmoud Al Mardi. Foto Jordan Football Assocation

KUALA LUMPUR – Dua bekas pemain Liga Super, Mahmoud Al-Mardi Al-Mardi dengan Yazan Al-Arab menjadi duri dalam daging buat Malaysia apabila membantu kemenangan 4-0 buat Jordan Jordan di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar pagi tadi.

Malah Al-Mardi yang juga bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC menambah derita buat pasukan kendalian Kim Pan-gon dengan meledak dua jaringan dengan aksi memukau.

Yazan pula yang merupakan bekas pemain Selangor FC beraksi cemerlang di bahagian pertahanan bersama rakannya di pasukan itu, Noor Al Rawabdeh di posisi tengah.

Yazan telah digantung seumur hidup daripada terlibat dengan bola sepak di Malaysia seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Dia telah melakukan kesalahan selepas menyepak pengadil perlawanan pada musim lalu.

Nasib Rawabdeh pula tidak diketahui sama ada dikekalkan Selangor pada musim depan.

Al Mardi pula selain mudah menembusi benteng Harimau Malaya, gerakannya yang mudah mengelirukan pihak lawan juga mengangkat namanya sebagai antara pemain terbaik sepanjang perlawanan.

Kebolehannya untuk membuat hantaran berbahaya serta menjaringkan gol mengangkatnya sebagai antara import terbaik skuad Sang Kenari beberapa musim kebelakangan ini.

Al-Mardi mencatatkan sembilan jaringan peribadi serta tujuh bantuan jaringan sepanjang meraih 19 penampilan dalam kesemua pertandingan buat Kedah dua tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast