SEREMBAN – Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas, dua minggu lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali pada prosiding yang dijalankan secara tertutup.

Remaja itu didakwa membunuh Muhammad Zahid Nagappan, 74, di sebuah rumah di Kampung Pasir, Jalan Siliau, Rantau di antara 11.30 malam hingga 10 pagi 4 Jan lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan minimum 12 kali, jika tidak dihukum mati.

Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dihukum mati di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, jika kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan, dan Raja atau Yang Dipertuan Negeri sekiranya perbuatan itu dilakukan di negeri lain.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya M.Pusppa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 18 Mac sebagai sebutan semula kes dan laporan bedah siasat. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast