Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian tidak akan mengambil gaji bagi jawatan yang disandangnya sejak November 2022 itu selagi ekonomi negara tidak pulih sepenuhnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pendirian sama turut diambil oleh Jemaah Menteri berhubung pemotongan gaji masing-masing sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Bercakap pada sidang media sempena program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di sini hari ini, Anwar berkata pendirian itu akan kekal dilaksanakan kerajaan sehingga ekonomi negara kembali pulih.

“Setakat ini, saya umumkan saya tidak ambil gaji, dan potongan 20 peratus bagi yang lain (Jemaah Menteri) selagi ekonomi tidak pulih sepenuhnya… ada perubahan (ekonomi), tetapi belum boleh lagi (ambil gaji),” katanya.

Pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov 2022, Anwar berkata beliau tidak akan mengambil gaji bagi jawatan itu dan menyifatkan ia sebagai langkah pertama bagi menarik keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.- BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast