Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja menyelamat nahas jalan raya di Rantau Panjang awal pagi tadi. Foto JBPM Rantau Panjang

KUALA LUMPUR – Tiga mangsa disahkan meninggal dunia dan seorang cedera selepas sebuah bas dan kereta bertembung di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas, Rantau Panjang, Kelantan awal pagi tadi.

Komander Operasi, PBK II Azmi Jaafar dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.57 pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu dan penumpang kereta serta pemandu bas ekspres.

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa.

Lima daripada mereka dalam keadaan selamat.

“Pasukan bomba yang tiba telah menjalankan operasi penyelamatan bagi membawa keluar mangsa dari kenderaan dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut dan mangsa yang cedera telah diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. pemandu keretapi atas landasan. jalan raya pemandu kereta baru orang faham. keliru dengan bahasa tulisan

Comments are closed.