Dr. Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Nombor telefon Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr Ibrahim Ali sekali lagi digodam pihak tidak bertanggungjawab (scammer) untuk mendapatkan wang.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ibrahim memaklumkan, pihak terbabit telah mendapatkan senarai nombor telefon untuk memerangkap mangsa-mangsanya daripada nombor telefon beliau menggunakan aplikasi Whatsapp.

“Mohon ambil perhatian rakan-rakan yang mengenali saya, nombor whatsapp saya 012-211***4 telah digodam dan scammer telah menggunakan untuk meminta duit dari senarai contacts yang ada.

“Mohon diabaikan dan segera hubungi keluarga, pegawai saya atau rakan terdekat untuk pengesahan. Terima kasih,” katanya.

Sebelum ini, perkara sama pernah berlaku kepada Ibrahim dan laporan polis turut dibuat mengenainya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast