Pasukan penyelamat membawa naik mayat Muhammad Khairul Rusydan, 30, yang lemas selepas bot dinaikinya karam dipukul ribut Jumaat lalu di Tasek Chenderoh, Kuala Kangsar. Foto, ihsan JBPM PERAK.

KUALA KANGSAR – Mayat pemancing yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama seorang lagi rakannya karam di Tasek Chenderoh, Sauk, ditemukan pasukan penyelamat pagi ini.

Mangsa Muhammad Khairul Rusydan, 30, ditemui oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada jam 8.37 pagi.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada pagi ini selepas ia dihentikan pada jam 7.00 petang, semalam.

“Mayat mangsa berjaya ditemui pada jarak kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba yang dibuka selepas beliau dilaporkan hilang.

Bot karam di Tasek Chenderoh, mayat pemancing ditemui
Pasukan penyelamat membawa naik mayat Muhammad Khairul Rusydan, 30, yang lemas selepas bot dinaikinya karam dipukul ribut Jumaat lalu di Tasek Chenderoh, Kuala Kangsar. Foto, ihsan JBPM PERAK.

“Mayat mangsa telah dibawa pasukan PPDA dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya karam akibat dibadai ribut dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang di Tasek Chenderoh, pada Jumaat.

Dalam kejadian berkenaan seorang lagi rakan mangsa sempat diselamatkan pemancing yang berada di lokasi berhampiran manakala mangsa didapati hilang. – MalaysiaGazette