Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu meluangkkan masa memberi makan ikan air tawar pada Program Santai Yb Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama media di pusat penternakan ikan air tawar ARC Berkat Agrofood, Rawang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 21 JANUARI 2024.

RAWANG – Sebanyak 90,800.05 tan metrik yang bernilai RM1.25 billion hasil daripada pengeluaran akuakultur di Selangor dari 2020 sehingga 2023.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sebanyak 19,279.33 tan metrik daripada penternakan air tawar melibatkan 147 penternak.

“Dari jumlah itu, 2,543.40 tan metrik daripada penternakan air payau dengan 183 penternak.

“Manakala penternakan ikan hiasan mencatatkan pengeluaran 546,438 ekor melibatkan 18 penternak dan 30 penternak bagi 155,226,208 benih kerang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa hampir tiga jam dalam sesi lawatan kerjanya ke pusat penternakan ikan air tawar ARC Berkat Agrofood Sdn Bhd di sini.

Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Perikanan Selangor (DOF) menyasarkan pengeluaran akuakultur sebanyak 30,347.70 tan metrik pada tahun ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Hulu Selangor merupakan daerah tertinggi bagi pengeluaran ikan keli iaitu sebanyak 10,170.11 tan metrik dengan nilai RM57,969,604.43.

“Manakala daerah Hulu Langat mencatatkan pengeluaran tertinggi bagi ikan tilapia iaitu 2,913.88 tan metrik dengan nilai RM40,175,566.00.

“Daerah Gombak pula merekodkan pengeluaran tertinggi iaitu sebanyak 89,280,600 dengan nilai RM8,321,140,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain berkata, DOF mensasarkan pengeluaran akuakultur sebanyak 500,000 tan metrik pada tahun ini.

“Ia bagi menjayakan halatuju yang ditetapkan 10 kawasan utama pengeluaran akuakultur telah dipilih dan akan dipantau serta diberi perkhidmatan dari segi khidmat teknikal, pinjaman sangkar juga bantuan berbentuk in-kind.

“ARC Berkat Agrofood Sdn Bhd merupakan antara salah satu dari 10 kawasan tumpuan projek pemerkasaan Akuaklutur di bawah DOF,” katanya.

Katanya lagi, permintaan dan pengeluaran ikan akuakultur di Malaysia dijangka meningkat sekaligus dapat membantu menjana pendapatan penternak serta pengusaha produk berasaskan ikan akuakultur.

“Lebih ramai golongan muda disarankan untuk menceburi bidang penternakan akuakultur.

“Ia mempunyai potensi besar dalam menjana pendapatan, meningkatkan ekonomi negara di samping menjamin kelangsungan dan kertejaminan makanan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast