Muhammad Hatta Kassim

KUANTAN – Cubaan dua lelaki warga China meminta derma daripada pegawai peguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang semalam membawa padah apabila mereka ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan.

Pengarahnya, Muhammad Hatta Kassim berkata, warga asing itu meminta derma untuk pesakit leukemia ketika 25 pegawai JIM sedang menjalankan pemeriksaan terhadap penumpang bas ekspres di Terminal Sentral Kuantan (TSK).

”Mereka yang berusia 22 dan 24 tahun itu mengaku berada di Malaysia sejak November 2023 dan menjalankan aktiviti tersebut di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Terengganu sebelum tiba di Kuantan dua hari lalu.

”Selain itu, dua orang wanita warganegara China yang bekerja di gerai menjual pakaian di sebuah pasar pagi turut ditangkap dalam operasi berkenaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Muhammad Hatta berkata, hasil pemeriksaan mendapati mereka telah melanggar syarat-syarat pas lawatan sosial masing-masing.

Sementara itu, beliau memberitah, operasi penguatkuasaan dijalankan dari jam 10.35 pagi hingga 8.10 malam melibatkan pemeriksaan di 13 lokasi sekitar daerah Kuantan.

Tambah beliau dalam operasi itu eramai 58 orang warga asing telah ditangkap terdiri daripada 29 orang warga Myanmar, Indonesia (17), China (4), Bangladesh (4), Vietnam (2), Thailand (1) dan Pakistan (1) kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Kesemua tahanan berusia antara 17 hingga 57 tahun itu dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kemayan, Bera untuk siasatan lanjut manakala empat orang majikan warga tempatan pula diberi notis untuk hadir bagi membantu siasatan, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast