TEL AVIV – Seramai 50 tentera wanita Zionis Israel enggan menyertai medan pertempuran selepas kumpulan Hamas melancarkan serangan pada 7 Oktober lalu.

Rangkaian radio Israel yang mengesahkan perkara itu menyatakan tentera simpanan mereka enggan bertempur di Jalur Gaza.

Katanya, mereka yang enggan ke medan pertempuran menyatakan terdapat jurang yang besar dalam latihan yang diberikan dengan anggota terbabit mengambil kira mereka dilatih untuk berjuang dalam kawasan yang dicerobohi dan bukannya di Gaza.

Terdahulu, media Israel melaporkan peningkatan bilanggan anggota tentera yang mengalami kecederaan psikologi berikutan operasi Badai Al-Aqsa yang dilakukan sebelum ini oleh kumpulan pejuang Hamas. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast