Seorang lelaki meratapi kematian orang tersayang yang tidak selamat daripada serangan Israel.

ANKARA – Bilangan kematian di Gaza akibat serangan tanpa henti regim Istael terus meningkat kepada 25,700 orang.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, dalam tempoh 24 jam lalu regim zionis dilaporkan melakukan 24 pembunuhan beramai-ramai di seluruh Semenanjung Gaza.

Sejumlah 210 orang terbunuh dalam tempoh berkenaan dan mencederakan 386 yang lain, katanya dalam kenyataan.

“Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya dan penyelamat tidak dapat menghubungi mereka,” katanya.

Jumlah rakyat Palestin yang cedera juga meningkat kepada 63,740 orang dan berhadapan kesukaran kerana semua pusat kesihatan kini telah lumpuh.

Kira-kira 85% daripada penduduk Gaza sejak itu telah kehilangan tempat tinggal, mengalami kekurangan makanan dan bekalan ubat.

Beratus-ratus ribu orang hidup tanpa perlindungan, dan kurang daripada separuh daripada trak bantuan memasuki wilayah itu berbanding sebelum konflik bermula.- Agensi