TOKYO – Seorang lelaki Jepun dijatuhi hukuman mati kerana membakar studio animasi Kyoto pada 2019 yang membunuh 36 orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi.
Insiden itu, salah satu kes jenayah mengerikan di Jepun, membunuh kebanyakan artis muda dan mengejutkan dunia anime.
Shinji Aoba, 45, mengaku bersalah atas serangan itu tetapi peguamnya telah memohon hukuman yang lebih ringan, dengan alasan suspek mengalami “ketidakcekapan mental”.
Bagaimanapun, hakim menolak alasan tersebut.
“Saya telah menentukan bahawa defendan tidak gila mental atau lemah pada masa jenayah itu,” kata Ketua Hakim Masuda semasa membaca keputusan di Mahkamah Daerah Kyoto.
Salah satu kes paling mengejutkan dalam beberapa dekad kebelakangan ini di Jepun, insiden itu mencetuskan perkabungan negara.
Rakyat dan dan media negara ini telah mengikuti kes itu dengan teliti.
Ramai kakitangan animasi terbunuh selepas terperangkap di tingkat atas studio ketika api merebak.
Aoba sendiri melecur lebih 90% badannya dalam kebakaran itu, dan hanya ditahan selepas dia pulih. – Agensi