Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bercakap pada sidang media tergempar mengenai "SOKONGAN BERTERUSAN Y.A.B PMX" di Baitul Husna, Puchong. Foto WAN NABIL NASIR, 26 JANUARI 2024.

PUCHONG – Tiga lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) daripada Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) dijangka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang 28 Februari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, kesemua tiga ahli Parlimen itu ketika ini sedang berfikir untuk membuat langkah itu dan beliau percaya akan bertindak dalam masa terdekat.

“Mereka sedang berfikir, timing (masa) saya tak tahu. Dijangka menjelang sesi Parlimen pada 28 Februari ini dan sidang Parlimen akan berjalan satu bulan,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tanpa menamakan kawasan ketiga-tiga ahli Parlimen Bersatu itu, Syed Abu Hussin berkata, mereka ini datang dari Utara, Pantai Timur dan Tengah (Semenanjung).

“Tiga ahli Parlimen PN-Bersatu ini datang dari kawasan Utara (Kedah, Pulau Pinang dan Perak) ada lima orang. Kemudian Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) ada tiga orang.

“Kawasan Tengah pula iaitu Selangor dan Melaka ada tiga orang, semuanya ada 11 orang (5-3-3) termasuk isytihar baru ini (Ahli Parlimen Tanjong Karang) ,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahli Parlimen Tanjung Karang sokong PM

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast